Fitnah kian berleluasa di media sosial
BEGITU mudah berita palsu tersebar seiring dengan kecanggihan teknologi. FOTO Arkib NSTP Penggunaan media sosial seperti
Facebook dan Instagram menjadi keperluan kepada masyarakat hari ini.
Tidak kira latar belakang dan peringkat umur, penggunaan media sosial
menjadi kewajipan kepada semua bagi memperolehi maklumat dan berita
semasa dengan pantas.
Lebih-lebih lagi apabila semua urusan pada hari ini berlangsung dalam
talian secara maya tanpa bertemu secara bersemuka. Fenomena maklumat di
hujung jari semakin luas berkembang sehingga terlalu banyak maklumat
yang dikongsi tanpa melihat kepada status sama ada ia benar atau palsu.
Setiap sesuatu digunakan masyarakat, tidak dapat lari daripada unsur
negatif terutama apabila berhadapan media sosial yang mudah dan senang
diakses oleh semua lapisan masyarakat. Fitnah dalam bentuk penulisan dan
hantaran yang disebarkan semakin lama semakin parah dengan banyak
maklumat dikongsi adalah pandangan peribadi serta disulami pula
kebencian serta kemarahan dizahirkan menerusi media sosial.
Situasi ini menjadi semakin merebak apabila timbul pula komen tidak
berasas yang mencetuskan api kemarahan sehingga menyebabkan pergaduhan
secara maya berlaku. Hasilnya, cacian dan makian dengan kata-kata yang
tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Muslim sehingga memberi
persepsi buruk oleh masyarakat bukan Islam.
Daripada Ibnu Umar RA, baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah SWT berfirman: "Sungguh Aku menciptakan makhluk yang
lisan mereka lebih manis daripada madu, tetapi hati mereka lebih pahit
daripada getah maka Aku bersumpah akan sediakan kepada mereka fitnah
yang membiarkan orang berilmu di antara mereka dalam keadaan bingung
maka sama ada dengan Aku mereka tertipu atau terhadap Aku mereka
menentang." Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Dr Ahmad Al-Mubyyad dalam Mausuah beliau menjelaskan bahawa manusia
akhir zaman tidak boleh dinilai menerusi perwatakan luaran semata-mata.
Di hadapan manusia lain, mereka menampakkan ciri-ciri sebagai seorang
yang zuhud, lembut tutur kata dan sangat beradab, namun cita-cita mereka
adalah kepada dunia semata-mata.
Jika dahulu, fitnah disebarkan secara lisan atau sebaran daripada
pendengaran telinga kepada telinga yang lain dan pasti mengambil masa
lama untuk tersebar. Namun dengan penggunaan internet dan kemajuan
teknologi khususnya telefon pintar, setiap maklumat yang disebarkan
hanya mengambil masa selama beberapa saat sahaja untuk tersebar ke
seantero dunia.
Dalam hal ini, masyarakat perlu bertindak bijak dengan menapis setiap
maklumat yang diterima dan merujuk kesahihannya sebelum disebarkan.
Kepentingan untuk tidak mempercayai bulat-bulat sebarang maklumat yang
diterima tanpa menyelidik terlebih dahulu amat ditekankan dalam al-Quran
menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman!
Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka
bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang
kamu lakukan." Surah al-Hujurat ayat 6
Berdasarkan ayat itu, jelas menunjukkan perintah kepada orang beriman
untuk menyemak dan menyelidik setiap berita atau maklumat yang
diterima. Dengan usaha ini, pasti setiap umat Islam dapat mengelak
daripada melakukan dosa menyebar fitnah tanpa sedar.
Bagi mereka yang menyebar berita bohong dan fitnah, Allah SWT memberi
amaran yang keras dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk dalam
kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi
sakitnya di dunia dan di akhirat serta (ingatlah) Allah mengetahui
(segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian)." Surah an-Nur ayat 19
Dalam Surah al-Buruj ayat 10 pula Allah SWT
berfirman: "Sesungguhnya orang yang menimpakan fitnah (bencana) terhadap
lelaki beriman dan perempuan beriman kemudian mereka tidak bertaubat
maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk
itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api neraka yang kuat membakar
(kerana mereka tidak bertaubat)."
Oleh itu, penyebaran fitnah khususnya melibatkan media sosial
menunjukkan bahawa dosa memfitnah dan menyebarkan berita bohong ini
amatlah besar azabnya. Walaupun pada hakikatnya, sesuatu maklumat yang
diterima nampak jelas kebenaran yang dizahirkan, tetapi dari sisi orang
fasik berita berunsur fitnah ini jelas menunjukkan perkara berkenaan
adalah dusta dan bohong.
Daripada Huzaifah RA, baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Pelbagai
fitnah ditimpakan pada hati manusia seperti tikar yang dianyam selembar
demi selembar. Bagi hati yang diresapi fitnah dengan sempurna maka akan
ditoreh dengan satu titik hitam padanya. Bagi hati yang mengingkarinya
maka ditorehkan satu titik putih padanya sehingga hati manusia menjadi
dua. Hati putih seperti batu halus licin maka tiada fitnah yang dapat
menimpa mereka selagi ada langit dan bumi. Sedangkan hati yang lain
adalah berwarna hitam keruh seperti belakang tempayan, tidak mengenali
kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran kecuali apa yang dirasukkan
daripada hawa nafsunya." Hadis Riwayat Muslim
Isyarat hadis ini jelas menunjukkan banyaknya fitnah yang
membinasakan hati Muslimin sebagaimana perumpamaan bilah anyaman tikar
yang disiapkan untuk dianyam. Apabila siap satu bilah dianyam maka
disusuli dengan bilah yang seterusnya sehingga selesai pembuatan tikar.
Begitu ibarat fitnah kepada manusia, apabila fitnah bertubi-tubi
meresap masuk ke dalam hati manusia.
Sementelah dalam situasi dalam talian kini, fitnah masuk secara halus
menghiris hati orang Mukmin sehingga banyak perpecahan berlaku
khususnya membabitkan maklumat dan info palsu yang disebarkan tanpa
diselidiki kebenarannya.
Oleh itu, menjadi kewajiban setiap anggota masyarakat untuk
memastikan setiap berita yang diperoleh ditapis terlebih dahulu sebelum
disebarkan seterusnya mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah
dosa menfitnah.
Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
Lebih-lebih lagi apabila semua urusan pada hari ini berlangsung dalam talian secara maya tanpa bertemu secara bersemuka. Fenomena maklumat di hujung jari semakin luas berkembang sehingga terlalu banyak maklumat yang dikongsi tanpa melihat kepada status sama ada ia benar atau palsu.
Setiap sesuatu digunakan masyarakat, tidak dapat lari daripada unsur negatif terutama apabila berhadapan media sosial yang mudah dan senang diakses oleh semua lapisan masyarakat. Fitnah dalam bentuk penulisan dan hantaran yang disebarkan semakin lama semakin parah dengan banyak maklumat dikongsi adalah pandangan peribadi serta disulami pula kebencian serta kemarahan dizahirkan menerusi media sosial.
Situasi ini menjadi semakin merebak apabila timbul pula komen tidak berasas yang mencetuskan api kemarahan sehingga menyebabkan pergaduhan secara maya berlaku. Hasilnya, cacian dan makian dengan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang Muslim sehingga memberi persepsi buruk oleh masyarakat bukan Islam.
Daripada Ibnu Umar RA, baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT berfirman: "Sungguh Aku menciptakan makhluk yang lisan mereka lebih manis daripada madu, tetapi hati mereka lebih pahit daripada getah maka Aku bersumpah akan sediakan kepada mereka fitnah yang membiarkan orang berilmu di antara mereka dalam keadaan bingung maka sama ada dengan Aku mereka tertipu atau terhadap Aku mereka menentang." Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Dr Ahmad Al-Mubyyad dalam Mausuah beliau menjelaskan bahawa manusia akhir zaman tidak boleh dinilai menerusi perwatakan luaran semata-mata. Di hadapan manusia lain, mereka menampakkan ciri-ciri sebagai seorang yang zuhud, lembut tutur kata dan sangat beradab, namun cita-cita mereka adalah kepada dunia semata-mata.
Jika dahulu, fitnah disebarkan secara lisan atau sebaran daripada pendengaran telinga kepada telinga yang lain dan pasti mengambil masa lama untuk tersebar. Namun dengan penggunaan internet dan kemajuan teknologi khususnya telefon pintar, setiap maklumat yang disebarkan hanya mengambil masa selama beberapa saat sahaja untuk tersebar ke seantero dunia.
Dalam hal ini, masyarakat perlu bertindak bijak dengan menapis setiap maklumat yang diterima dan merujuk kesahihannya sebelum disebarkan. Kepentingan untuk tidak mempercayai bulat-bulat sebarang maklumat yang diterima tanpa menyelidik terlebih dahulu amat ditekankan dalam al-Quran menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya) supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." Surah al-Hujurat ayat 6
Berdasarkan ayat itu, jelas menunjukkan perintah kepada orang beriman untuk menyemak dan menyelidik setiap berita atau maklumat yang diterima. Dengan usaha ini, pasti setiap umat Islam dapat mengelak daripada melakukan dosa menyebar fitnah tanpa sedar.
Bagi mereka yang menyebar berita bohong dan fitnah, Allah SWT memberi amaran yang keras dalam al-Quran seperti firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk dalam kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat serta (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian)." Surah an-Nur ayat 19
Dalam Surah al-Buruj ayat 10 pula Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya orang yang menimpakan fitnah (bencana) terhadap lelaki beriman dan perempuan beriman kemudian mereka tidak bertaubat maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api neraka yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat)."
Oleh itu, penyebaran fitnah khususnya melibatkan media sosial menunjukkan bahawa dosa memfitnah dan menyebarkan berita bohong ini amatlah besar azabnya. Walaupun pada hakikatnya, sesuatu maklumat yang diterima nampak jelas kebenaran yang dizahirkan, tetapi dari sisi orang fasik berita berunsur fitnah ini jelas menunjukkan perkara berkenaan adalah dusta dan bohong.
Daripada Huzaifah RA, baginda Nabi SAW bersabda maksudnya: "Pelbagai fitnah ditimpakan pada hati manusia seperti tikar yang dianyam selembar demi selembar. Bagi hati yang diresapi fitnah dengan sempurna maka akan ditoreh dengan satu titik hitam padanya. Bagi hati yang mengingkarinya maka ditorehkan satu titik putih padanya sehingga hati manusia menjadi dua. Hati putih seperti batu halus licin maka tiada fitnah yang dapat menimpa mereka selagi ada langit dan bumi. Sedangkan hati yang lain adalah berwarna hitam keruh seperti belakang tempayan, tidak mengenali kebaikan dan tidak mengingkari kemungkaran kecuali apa yang dirasukkan daripada hawa nafsunya." Hadis Riwayat Muslim
Isyarat hadis ini jelas menunjukkan banyaknya fitnah yang membinasakan hati Muslimin sebagaimana perumpamaan bilah anyaman tikar yang disiapkan untuk dianyam. Apabila siap satu bilah dianyam maka disusuli dengan bilah yang seterusnya sehingga selesai pembuatan tikar. Begitu ibarat fitnah kepada manusia, apabila fitnah bertubi-tubi meresap masuk ke dalam hati manusia.
Sementelah dalam situasi dalam talian kini, fitnah masuk secara halus menghiris hati orang Mukmin sehingga banyak perpecahan berlaku khususnya membabitkan maklumat dan info palsu yang disebarkan tanpa diselidiki kebenarannya.
Oleh itu, menjadi kewajiban setiap anggota masyarakat untuk memastikan setiap berita yang diperoleh ditapis terlebih dahulu sebelum disebarkan seterusnya mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah dosa menfitnah.
Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)