Thursday, 15 July 2021

Sebar berita tidak benar, 10 individu dicekup

 

Sebar berita tidak benar, 10 individu dicekup


Seramai 10 individu ditahan kerana menularkan berita tidak benar mengenai Covid-19 atau Proklamasi Darurat mengikut ordinan darurat yang diwartakan pada 11 Mac lalu. - GAMBAR HIASAN

GARA-GARA menularkan berita tidak benar mengenai Covid-19 atau Proklamasi Darurat mengikut ordinan darurat yang diwartakan pada 11 Mac lalu, seramai 10 individu ditahan polis secara berasingan termasuk tangkapan terbaharu di Tengah Melaka, Melaka.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sehubungan itu berkata, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) ordinan berkenaan sejak ia dikuatkuasakan pada 12 Mac lalu.

Menurutnya, siasatan kes dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman serta kontinjen.

“Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu) (no. 2) 2021 yang diwartakan berkenaan adalah khusus untuk mengekang aktiviti penghasilan dan penularan berita tidak benar yang mempunyai kaitan dengan Covid-19 atau Proklamasi Darurat 2021.

“Ia sekali gus memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKKM) menangkap tanpa waran mana-mana individu atau pertubuhan perbadanan yang cuba menyiar serta menyebarkan secara keseluruhan atau sebahagian berita tidak benar khususnya di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai tangkapan itu Acryl Sani menjelaskan,  sebanyak sembilan individu diberkas secara berasingan yang disiasat mengikut ordinan terbabit dan terbaharu satu lagi tangkapan dibuat di kawasan Melaka Tengah, Melaka sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ditahan seramai 10 orang.

Ujarnya, daripada jumlah itu, tiga tangkapan menerima arahan tuduh daripada Pejabat Peguam Negara mengikut ordinan terbabit manakala tujuh lagi dijamin polis sehingga siasatan dilengkapkan.

“PDRM sehubungan itu menasihatkan orang ramai berhati-hati dalam membuat atau berkongsi apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar dan boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan orang ramai berhubung langkah yang diambil oleh kerajaan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Acryl Sani pada masa sama  menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu-gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja berbuat demikian,” katanya.

Tuesday, 6 July 2021

Kartel rokok bunuh karektor pegawai polis demi kuasai pasaran

 

Kartel rokok menguasai hingga 60% pasaran tempatan dan menghilangkan pendapatan negara lebih RM5 bilion setiap tahun. Tahukah anda kenapa dan bagaimana mereka boleh menjadi sebegitu besar?

Tentunya Kartel itu dilindungi individu tertentu dan sedia MEMBELANJAKAN wang yang besar kepada segelintir pegawai penguatkuasa supaya tindakan tidak diambil terhadap mereka. Bahasa mudahnya dah kenyang, PEJAMKAN MATA.

Namun, bukan semua pegawai tinggi dalam PDRM, APMM, JKDM bersekongkol dengan mereka. Sejak kebelakangan ini, PDRM menerusi Pasukan Polis Marin (PPM) sering membantai kumpulan sindiket itu menyebabkan kartel mula KEPANASAN.

Kejayaan demi kejayaan, rampasan demi rampasan menyebabkan bisnes HARAM mereka terjejas. Apabila JOLOK atau TAWARAN WANG diberikan mereka DITOLAK, sindiket akan gunakan taktik kotor termasuk melakukan TOHMAHAN kepada pegawai polis terbabit.

Terbaru, Kartel rokok dipercayai menggunakan orang dalam PPM sendiri untuk kenakan DCP Mohd Yusoff Mamat yang membuat tohmahan kepada SPRM. Bagi mereka BETUL@SALAH adalah soal kedua. Yang PENTING…IMEJ Komander PPM Bukit Aman itu dapat DICALARKAN dan harapan TERBESAR supaya beliau DIPINDAHKAN ke Jabatan lain. Bahasa mudahnya, TAK BOLEH BELI orang, kasi BUNUH karakternya.


Tidak cukup dengan itu, kartel juga menyebarkan dakwaan bahawa Mohd Yusoff mempunyai skandal. Sedangkan situasi sebenarnya wanita didakwa SKANDAL itu adalah ISTERI sah Mohd Yusoff. Tentunya SINDIKET tidak peduli tentang KEBENARAN, yang penting karakternya yang dikenali BERSIH dapat diburukkan.

Begitu juga dengan Unit Gempur Marin (Ungerin) PPM yang diasak SPRM selepas sindiket ROKOK membuat TOHMAHAN terhadap mereka biarpun kejayaan pasukan itu merampas rokok yang banyak. DENGARNYA yang buat laporan kepada SPRM juga adalah ahli KARTEL rokok? Susulan siasatan itu 1 pegawai pangkat ASP dan pasukannya DIPINDAHKAN. Siapa yang UNTUNG, bukankah KARTEL?

Bukanlah mahu mensucikan insan bergelar Mohd Yusoff ini tetapi hampir keseluruhan Pegawai PPM, PDRM dan masyarakat tahu tingginya INTEGRITI beliau. Dia sudah beberapa kali cuba DIBELI sindiket malah seminggu sebelum menunaikan HAJI di Makkah juga wakil sindiket cuba MENYOGOKNYA namun semua cubaan itu DITOLAK demi AMANAH dipikulnya. Malah beliau juga pernah terima ANCAMAN & UGUTAN daripada kumpulan terbabit tetapi terus BERUSAHA KERAS memikul tugasnya TANPA GETAR.

Malah KOMITMEN Mohd Yusoff memerangi sindiket jelas dengan rentetan KEJAYAAN dan rampasan dilakukannya sejak memimpin PPM. Rekod & kejayaan TERBESAR rampasan kapal kargo dan rokok bernilai RM52 juta jelas tidak menyenangkan KARTEL dan segelintir pegawai penguatkuasa yang DIBELA sindiket itu.

BUKTI KENAPA SINDIKET MAHU ‘MEMBUNUH KARAKTER’ MOHD YUSOFF
10/03/2021 – Rampasan 1 kapal di perairan Kukup, Pontian Johor (70 juta btg/11 ditahan/ 1 kapal disita) RM52 juta
12/03/2021 – Rampasan 1 kapal di jeti perairan Tg Kunyit, Sibu, Sarawak (10 juta btg dan Beer/6 ditahan/1 kapal disita – RM30 juta
19/05/2021 – Rampasan 1 lori di Jalan Serian-Sri aman, Sarawak (6 juta btg/1 ditahan/1 lori di sita) – RM4.5 juta
14/06/2021 – Rampasan 1 bot dan 2 lori di Jeti Endau, Mersing, Johor (9 juta btg/3 ditahan/2 lori dan 1 bot disita) – RM9.3 juta
07/10/2020 – Rampasan lori dalam penjalanan di Plaza Tol kempas dan Jln Bumi Hijau (8.5 juta btg/2 ditahan/2 lori disita) – RM6.7 juta
29/09/2020 – Rampasan sebuah stor di Telok Gong, Klang, Selangor (13 juta btg/beer/4 ditahan/2 lorry/1 trailer disita) – RM8 juta
15/06/2021 – Sebuah stor diserbu di Nibong Tebal, Pulau Pinang (2.5 juta btg) dirampas – RM2 juta
26/10/2020 – Rampasan dalam perjalanan di Sungai Kluang Besut, Terengganu (4 juta btg/ 2 lori disita) – RM4 juta
28/10/2020 – Rampas 3 bot laju di Pengkalan Ubi Keling, Terengganu (4 juta btg/3 bot laju) – RM4 juta

 

 https://suaramerdeka.com.my/kartel-rokok-bunuh-karektor-pegawai-polis-demi-kuasai-pasaran/

Kartel rokok semakin tersepit, tohmah pegawai kanan polis

https://www.edisi9.com.my/wp-content/uploads/2021/07/rokok1.jpg


CYBERJAYA – Kartel rokok haram kini seperti cacing kepanasan ekoran kejayaan pihak berkuasa termasuk Pasukan Polis Marin mengekang kegiatan yang menyebabkan negara mengalami kerugian lebih RM5 bilion setahun itu.

Malah, mereka semakin terdesak sehingga sanggup menawarkan rasuah bagi membolehkan kegiatan haram itu terus beroperasi.

Apabila tawaran rasuah ditolah, dalang-dalang kartel rokok haram tergamak menyebarkan fitnah yang langsung tidak berasas terhadap Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kartel rokok haram tidak peduli sama ada tohmahan yang dilemparkan itu benar atau sebaliknya.

Katanya, mereka cuma mahu imej Mohd Yusoff dicalarkan dan berharap agar beliau ditukar ke jabatan lain.

“Bahasa mudahnya, tak boleh beli orang, kasi bunuh karakternya,” kata sumber yang juga seorang pegawai kanan polis.

Sumber itu menambah, tidak cukup dengan Mohd Yusoff, isterinya turut menerima tempias tohmahan oleh dalang kartel rokok haram.

Menurut beliau, mereka menyebarkan dakwaan kononnya Mohd Yusoff mempunyai skandal dengan seorang wanita.

“Sedangkan situasi sebenarnya wanita didakwa skandal itu adalah isteri sah Mohd Yusoff.

“Tentunya sindiket tidak peduli tentang kebenaran, yang penting karakternya yang dikenali bersih dapat diburukkan,” jelasnya.

Kata beliau, walaupun berdepan cubaan sogokan rasuah, ancaman dan ugutan, Mohd Yusoff terus berusaha keras memikul tugas yang diamanahkan tanpa gentar.

Sumber itu mendakwa, kartel rokok haram semakin tidak senang duduk selepas Pasukan Polis Marin mencatatkan kejayaan terbesar merampas kapal kargo yang membawa rokok bernilai RM52 juta.

Antara operasi lain Pasukan Polis Marin yang berjaya menumpaskan kegiatan kartel rokok haram:
 
 
Salah sebuah kapal yang disita dalam operasi membanteras kegiatan kartel rokok haram oleh Pasukan Polis Marin.

10 Mac 2021 – Rampasan 1 kapal di perairan Kukup, Pontian Johor (70 juta batang rokok/ 11 ditahan/ 1 kapal disita), nilai rampasan RM52 juta;

12 Mac 2021 – Rampasan 1 kapal di jeti perairan Tanjung Kunyit, Sibu, Sarawak (10 juta batang rokok dan bir/ 6 ditahan/ 1 kapal disita), nilai rampasan RM30 juta;

19 Mac 2021 – Rampasan 1 lori di Jalan Serian-Sri aman, Sarawak (6 juta batang rokok/ 1 ditahan/ 1 lori disita), nilai rampasan RM4.5 juta;

14 Jun 2021 – Rampasan 1 bot dan 2 lori di Jeti Endau, Mersing, Johor (9 juta batang rokok/ 3 ditahan/ 2 lori dan 1 bot disita), nilai rampasan RM9.3 juta;

7 Oktober 2020 – Rampasan lori dalam penjalanan di Plaza Tol kempas dan Jalan Bumi Hijau (8.5 juta batang rokok/ 2 ditahan/ 2 lori disita), nilai rampasan RM6.7 juta;

29 September 2020 – Rampasan sebuah stor di Telok Gong, Klang, Selangor (13 juta batang rokok/ bir/ 4 ditahan/ 2 lori /1 treler disita), nilai rampasan RM8 juta;

15 Jun 2021 – Sebuah stor diserbu di Nibong Tebal, Pulau Pinang (2.5 juta batang rokok dirampas), nilai rampasan RM2 juta;

26 Oktober 2020 – Rampasan dalam perjalanan di Sungai Kluang Besut, Terengganu (4 juta batang rokok/ 2 lori disita), nilai rampasan RM4 juta; dan

28 Oktober 2020 – Rampas 3 bot laju di Pengkalan Ubi Keling, Terengganu (4 juta batang rokok/ 3 bot laju), nilai rampasan RM4 juta.

Tambah sumber itu, mereka yang mengenali Mohd Yusoff pasti tahu tentang sikap beliau yang berpegang teguh terhadap aspek integriti dan perkara itu dibuktikan melalui kejayaan besar Pasukan Polis Marin yang diketuai beliau dalam operasi-operasi menggempur kegiatan kartel rokok haram. – EDISI 9

https://www.edisi9.com.my/2021/07/kartel-rokok-semakin-tersepit-tohmah-pegawai-kanan-polis/

KEKALKAN SIFAT MULIA ANDA

https://www.instagram.com/reel/DDpMrQMSnAz/?igsh=a3VuN3Q5NXJnbzJ0