*Character Assassination*
CA
adalah "usaha yang disengajakan dan berterusan untuk merosakkan
reputasi atau kredibiliti seseorang. Istilah ini diterapkan secara
selektif untuk kelompok sosial dan institusi. Ejen pembunuhan watak
menggunakan campuran kaedah terbuka dan rahsia untuk mencapai tujuan
mereka, seperti menimbulkan tuduhan palsu, menanam dan memupuk khabar
angin, dan memanipulasi maklumat.
Sejak
akhir-akhir ini telah heboh dan dikesan terdapat beberapa
blog/facebook/whatsap berbentuk tohmahan yg bermain didalam kalangan
masyarakat.
Tohmahan
liar ke atas Pegawai Kanan Polis dan pegawai-pegawai SPRM berkaitan
penglibatan mereka didalam aktiviti Scam / JOL /Dadah telah pun disiasat
oleh SPRM dan juga Jips (PDRM).
Terbukti
mereka tidak terlibat. Malah ada di kalangan mereka merupakan
pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting kini menjadi sasaran
kumpulan *Character Assassination*.
Kumpulan
atau individu yg menjadi CA, menggunakan sedikit fakta benar dan
kemudiannya menokok tambah cerita menggunakan imaginasi serta pengolahan
seolah olah apa jua yang mangsa dia buat adalah jahat, tidak bermaruah
dan dilihat “ada udang disebalik batu”.
Ye
betul, akan ada orang kata, kalau tak buat kenapa nak takut. Masalahnya
di sini bukan takut. Perlu kita tahu, apabila seseorang pegawai
difitnah atau ditohmah maka satu siasatan akan dijalankan yg menggunakan
ramai orang. (Sepatutnya mereka ini boleh diguna untuk tugasan lain).
Maruah
pegawai tersebut serta keluarganya juga diranapkan oleh mainan
persepsi. Ini pastinya akan memberi kesan kepada prestasi dan
demoralised pegawai tersebut. (Siapa yg rugi jika pegawai berintegriti
menjadi mangsa).
Kesan
daripada perkara ini, kumpulan2 sindiket, kongsi gelap, pelacuran dan
dadah pastinya akan kembali muncul dan menjalankan aktiviti mereka
semula.
Jika ada
gangguan maka penyerang CA akan mula mainkan peranan dengan blog/fake
facebook/wasap fitnah serta surat layang. Malah ada pegawai yang
berintergriti memohon untuk ditukarkan ke bahagian yg tak perlu
engagement dgn public bagi memastikan mereka selamat hingga pencen.
(Buat apa nak kerja lebih, buat salah tak buat pun salah)
…fitnah lebih kejam dari pembunuhan… (al-Baqarah: 191)...
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.