Pengerusi NGO bergelar Datuk (di dalam kereta) yang dikatakan meminta wang perlindungan daripada seorang pemilik pusat perjudian haram ketika di bawa ke Bukit Aman di sini malam tadi untuk di soal siasat.
Pengerusi MyWatch ditahan minta wang perlindungan dari tauke judi
KUALA LUMPUR 23 Jun - Seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) anti-jenayah bergelar Datuk ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Plaza Tol Nilai dekat sini hari ini selepas dikatakan menerima wang perlindungan daripada pengusaha judi ekor haram.
Datuk berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, kira-kira pukul 10.50 malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek yang ditahan seterusnya dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.
Menurut beliau, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengusaha yang dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram di negeri tebabit.
"Akibat tidak tahan sering diperas ugut oleh Datuk terbabit sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.
"Selain itu, mangsa juga turut mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...ng-perlindungan-1.346055#sthash.KLJdGTV9.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.