Saturday, 30 November 2024

CHARACTER ASSASSINATION

*Character Assassination*


CA adalah "usaha yang disengajakan dan berterusan untuk merosakkan reputasi atau kredibiliti seseorang. Istilah ini diterapkan secara selektif untuk kelompok sosial dan institusi. Ejen pembunuhan watak menggunakan campuran kaedah terbuka dan rahsia untuk mencapai tujuan mereka, seperti menimbulkan tuduhan palsu, menanam dan memupuk khabar angin, dan memanipulasi maklumat.


Sejak akhir-akhir ini telah heboh dan dikesan terdapat beberapa blog/facebook/whatsap berbentuk tohmahan yg bermain didalam kalangan masyarakat. 


Tohmahan liar ke atas Pegawai Kanan Polis dan pegawai-pegawai SPRM berkaitan penglibatan mereka didalam aktiviti Scam / JOL /Dadah telah pun disiasat oleh SPRM dan juga Jips (PDRM).


Terbukti mereka tidak terlibat. Malah ada di kalangan mereka merupakan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting kini menjadi sasaran kumpulan *Character Assassination*. 


Kumpulan atau individu yg menjadi CA, menggunakan sedikit fakta benar dan kemudiannya menokok tambah cerita menggunakan imaginasi serta pengolahan seolah olah apa jua yang mangsa dia buat adalah jahat, tidak bermaruah dan dilihat “ada udang disebalik batu”.


Ye betul, akan ada orang kata, kalau tak buat kenapa nak takut. Masalahnya di sini bukan takut. Perlu kita tahu, apabila seseorang pegawai difitnah atau ditohmah maka satu siasatan akan dijalankan yg menggunakan ramai orang. (Sepatutnya mereka ini boleh diguna untuk tugasan lain). 


Maruah pegawai tersebut serta keluarganya juga diranapkan oleh mainan persepsi. Ini pastinya akan memberi kesan kepada prestasi dan demoralised pegawai tersebut. (Siapa yg rugi jika pegawai berintegriti menjadi mangsa). 


Kesan daripada perkara ini, kumpulan2 sindiket, kongsi gelap, pelacuran dan dadah pastinya akan kembali muncul dan menjalankan aktiviti mereka semula. 


Jika ada gangguan maka penyerang CA akan mula mainkan peranan dengan blog/fake facebook/wasap fitnah serta surat layang. Malah ada pegawai yang berintergriti memohon untuk ditukarkan ke bahagian yg tak perlu engagement dgn public bagi memastikan mereka selamat hingga pencen. (Buat apa nak kerja lebih, buat salah tak buat pun salah)


…fitnah lebih kejam dari pembunuhan… (al-Baqarah: 191)...

1 comment:

Note: only a member of this blog may post a comment.

EDISI SIASAT PEMFITNAH

CHARACTER ASSASSINATION  Mungkinlah niat asal Edisi Siasat nak bongkar perangai-perangai jahat polis yang tak amanah, tapi makin lama nampa...