Thursday, 13 January 2022

PENGERUSI NGO ANTI JENAYAH YANG DEDAHKAN GAYA HIDUP YANG MENCURIGAKAN ANAK BEKAS PESURUHJAYA POLIS SABAH, BAYAR HAMPIR RM340,000 UNTUK DUA NOMBOR PLAT KENDERAAN NEGERI SELANGOR, BMW

PENGERUSI NGO @(geng2 ES edisi siasatmy @ ES edisikhas) ANTI JENAYAH YANG DEDAHKAN GAYA HIDUP YANG 

MENCURIGAKAN ANAK BEKAS PESURUHJAYA POLIS SABAH, BAYAR HAMPIR 

RM340,000 UNTUK DUA NOMBOR PLAT KENDERAAN NEGERI SELANGOR, BMW. 


 


Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Kita jangan mudah lalai!!!

 

sdacsdvgd.transformed.jpg



Pengerusi NGO bergelar Datuk (di dalam kereta) yang dikatakan meminta wang perlindungan daripada seorang pemilik pusat perjudian haram ketika di bawa ke Bukit Aman di sini malam tadi untuk di soal siasat.

Pengerusi MyWatch ditahan minta wang perlindungan dari tauke judi

KUALA LUMPUR 23 Jun - Seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) anti-jenayah bergelar Datuk ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Plaza Tol Nilai dekat sini hari ini selepas dikatakan menerima wang perlindungan daripada pengusaha judi ekor haram.


Datuk berusia lingkungan 30-an itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Roslee Chik yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek yang ditahan seterusnya dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada pengusaha yang dipercayai bertanggungjawab menjalankan aktiviti judi ekor haram di negeri tebabit.

"Akibat tidak tahan sering diperas ugut oleh Datuk terbabit sebanyak RM25,000 sebulan, mangsa membuat keputusan untuk melaporkan kes berkenaan kepada pihak polis.

"Selain itu, mangsa juga turut mempunyai bukti rakaman suara Datuk berkenaan melakukan ugutan ke atasnya sekiranya tidak mahu kegiatan mangsa didedahkan oleh pihak media atau dilaporkan kepada polis," katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jen...ng-perlindungan-1.346055#sthash.KLJdGTV9.dpuf

REKOD TIDAK BEGITU CANTIK,LEPAS TU KUMPUL FITNAH SANA SINI

Pengerusi MyWatch Ditahan Mengikut POCA

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kerana dipercayai melakuk ugutan jenayah dan peras ugut.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata Sanjeevan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 4.30 petang tadi.

"Sanjeevan ditahan mengikut Seksyen 3 (1) POCA selama 60 hari lagi kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Sebelum ini, Sanjeevan, 32, dan pemandunya, seorang lelaki warga India, ditahan mengikut Seksyen 506, Seksyen 384 dan 385 Kanun Keseksaan kerana dipercayai melakukan ugutan jenayah dan peras ugut berdekatan Plaza Tol Nilai pada 22 Jun lepas.

Beliau ditahan susulan laporan polis oleh seorang pengadu bahawa suspek mengugut untuk menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook.

Sanjeevan ditahan bersama-sama pemandunya pada 10 malam 22 Jun, selepas menerima wang perlindungan sebanyak RM25,000 daripada pengadu.

 Sanjeevan berjaya tangguh hukuman penjara sehingga rayuan selesai

Sanjeevan berjaya tangguh hukuman penjara sehingga rayuan selesai

06b03cec40636e4be50ae1a28684d1355fc9f96863b6f.jpg


04/12/2020 04:54 PM

TEMERLOH, 4 Dis — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R Sri Sanjeevan untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani, bagaimanapun, memerintahkan Sanjeevan membayar jaminan sebanyak RM35,000 dengan dua penjamin dan menyerahkan pasport, jika ada, kepada mahkamah sehingga kes tersebut selesai.

"Pemohon juga perlu melapor diri di Balai Polis Semenyih, Kajang, Selangor setiap minggu sehingga pendengaran kes di Mahkamah Rayuan selesai dan mendapatkan kebenaran Ketua Polis Daerah Kajang sebelum keluar daerah.



"Sekiranya pemohon melanggar mana-mana syarat ini, jaminan terhadapnya adalah terbatal," katanya.
Sanjeevan yang memakai baju kemeja dilihat senyum ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam mahkamah sebaik sahaja mendengar keputusan tersebut.
Peguam S.Preakas, yang mewakili Sanjeevan, pada prosiding Rabu lalu, telah memaklumkan mahkamah bahawa Mahkamah Rayuan menetapkan 14 Jan depan sebagai tarikh pendengaran rayuan anak guamnya.


Sanjeevan sebelum ini dihukum penjara tiga bulan dan denda RM7,000 selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret pada 14 Ogos 2018, kerana didakwa memeras ugut seorang pekerja kedai, tujuh tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu dengan meminta wang tunai RM1,500 atau mangsa berdepan risko tidak boleh meneruskan perniagaan pada pukul 9.45 malam, 1 Julai 2013 di Jalan Dagangan 8, Pusat Komersial Triang, Bera dekat sini.

Bagaimanapun, Mahkamah Majistret semasa itu menerima permohonan Sanjeevan untuk menangguhkan hukuman penjara dan memerintahkan jaminan sebanyak RM3,000 terhadapnya dinaikkan kepada RM6,000.

Hukuman denda, bagaimanapun, telah dilangsaikan.

Pada 27 Nov lalu, Mahkamah Tinggi di sini semasa mendengar rayuan Sanjeevan terhadap sabitan dan hukuman itu mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret, namun menolak permohonannya untuk sekali lagi menangguhkan hukuman penjara kerana berhasrat membuat rayuan ke peringkat lebih tinggi.

Keputusan itu menyebabkan Sanjeevan dihantar ke Penjara Penor di Kuantan, kira-kira 130 kilometer dari sini, untuk menjalani hukuman pada hari yang sama.
-- BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news....cZj4Y6QeYsJu-9-x4xeVC1mbrcHYdc6c6yGJMVqyf-maU

 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/368043/nak-pow-rm10000-sanjeevan-mywatch-dipenjara

 


 

ES EDISI SIASAT GENG!!!!!!


 

 https://malaysiagazette.com/2017/12/26/jangan-biarkan-sanjeevan-bermaharajalela-halim-ishak/

KAKI FITNAH PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN

 
 
Nk kenal??? inilah dia orang di belakang ES (Edisi_siasatmy @ ES_EdisiKhas)- twitter akaun ,kaki fitnah,mabok nk memerintah N nk buat Kerajaan sendiri
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 


 

Malaysia 2026

  **1. Situasi Ekonomi:** *   **Inflasi & Harga Bahan Makanan:** Ini adalah isu yang paling sentral. Harga makanan, secara khusus untuk ...